haiii kawan yang kita sayang...
ok di sebabkan ramai yang tanya so saya terpaksa la update pasal trip kali ini...
Pada tanggal 15 April 2015 till 18-April 2015... saya dan 4 rakan saya (ofismate) telah decide nak pegi BORACAY,Philippines.. setelah mendapat ilham dari rakan kami yang pernah perggi ke sana..
Flight pukul 10.30 dari KLIA 2 dan saya paking kereta kat putrajaya sentral...
naik Air Asia je...turun di Kalibo Airport dan perlu ambik bas or teksi untuk ke jeti nak p Boracay, perjalanan mengambil masa dalam 2 jam lebih kurang la dan naik bot dalm 5-10 minit je... pastu naik van pegi ke hotel. dalam pukul 5.30-6.00 petang kami sampai hotel kami...
kami ambik pakej pegi balik untuk trasportation dari kalibo sampai hotel dengan harga 1,125 peso lebih kurang cam tu la (pepandai la kounk convert)termasuk environment fee ok. pakej ni bila kuar je dari airport kalibo tu nampak company Southewest so kami grab (company ni suggest oleh rakan kami yang penah pergi servis ok la) so tak payah nak pk transport nak balik bagai.
kami menginap di hotel paradise boracay...(alamak hotel ni x mengadap laut tp dekat la dengan laut...so walking distance sikit). dekat dengan D mall (d mall ni bukan mall tp kedai2 yang banyak pilihan makanan n souveniar. tp service hotel tip top.... kami terlambat decide hotel tu yang dapat paradise hotel kalau tak nak pilih sunrise hotel mengadap laut...tp harga dah increase...
ok hotel korunk boleh pilih banyak...
di boracay ada 3 station:
station 1: hotel mahal n mewah
station 2: hotel medium
station 3: hostel n ada hotel bajet (sesuai untuk bagpackers)
tp kawasan yang meriah d station 2... so ape2 pun kami decide nak station 2 juga so untuk 3 malam harga dalm rm300 plus....ok la tu kan kena selalu check sebab harga hotel meningkat...
kami dah sampai hotel tu lepak letak barang kuar cari makan so untuk aku yang muslim ni susah sikit....(so memandangkan aku sorang je muslim dalam group trip tu so aku tak banyak kerenah just follow balik hotel makan maggi n roti yang d bawa dari malaysia)..
Anyway aku dah servuy makanan halal d boracay memang ada je..just limited..even penduduk islam pun ada just deme minoriti...
So deme makan kat kedai chicken Hawaiii BBQ... aku minum jus la... tu je dan menikmati malam hari d Bora cay...
Habis makan kami servey aktiviti...so dah servey kami dapat la 7 games dengan harga 3500 peso semuanya... kalau berminat boleh cari mamat nama NiNO and kawan dia (tak ingat nama apa) depan Pizza hut dekat station 2 depan pantai.... so far service ok...jaga barang kami and tlong snap pic kami suggest tempat makan dan sebagainya dan on time...
ATV (mt. lohu) but mt lohu nak masuk bayar extra 120 peso
Zorb (2x)
lunch
banana boat (free)
parasailing
helmet diving (dapat gambar n video)
flying fish
sailing boat
ok lunch tak termasuk dalam pakej, it sendirian berhad..so kali ni lunch deme cari halal food. so Nino pun suggest la.. ok2 tapi jangan la demand nak sedap bagai...telan je la...tu yang dekat n mudah..
so dah abis games memang penat... malam kami p massage pula dengan harga 400 peso, Nino suggest tepat massage.. tp full, Nino carikan tempat lain...
Next day plak kami pegi ariel point ni memang harga tetap 2000peso...activiti jump, kayak and snorkelling and termasuk lunch, (halal atau tak, kita makan if confident je... makan seafood je la) kalau tak bawa bekal...
balik dari ariel point p D talipapa beli souvenior (sebab lebih murah dari D mall) so kami naik tut tut dengan harga 60 peso untuk satu tut tut....
then malam kami celebrate suprise birthday one of our trip frends, semua d bantu oleh NiNo (senang pula nak ngat nama dia)hahah..
esok pagi nya van dah tunggu depan hotel kami pukul 9.30pagi... see senang kan tak payah pk dah...flight pukul 3.05 petang... sampai malaysia pukul 7 lebih....
notes
*harga tiket flight kami pegi balik RM3++ (harga promo)
*makanan muslim ada just do research ka blog2 orang muslim yang penah pegi..just limited
*Dtalipapa ada wet market jual seafood and d situ ada d sediakan service untuk tolong masak (so ni solution lain untuk nak makan bagi muslim la
*kebanyakan orang yang jual alat2 mainan d sebelah malam or jual tripod,topi and spec d sebelah siang adalah kebanyakn orang islam..so boleh je tanya mereka anything...
* penduduk sana sangat baik dan ramah...deme nampak je saya pakai tudung then they ask me muslim....(aku siap kenai ramai lagi fikri la, abdul rahman la, jaafar la,, and siap ajar main bola lagi)hahha
*if you'all tak berminat p ariel point boleh pegi yang murah sikit island hopping ada juga cliff jumping n snorkeling dengan harga 1500 peso... (tapi tempat lain la)
*ariel point ada tempat nak cliff jumping 5m, 8m dan 15m (wah ada bran)
*activiti ape pukul berapa, bajet berapa, uolls boleh je discuss dengan Nino tu...semua bisa d atur...
*tiket paking kat putrajaya sentral selama paking kat situ Rm14 je...
*pantai memang lawa la..
*banyak activiti lain lagi
* if uolls really want to go just do reasearch... p lawat blog2 rakan2 yang penah pegi...
*anyway saya banyak view kat video utube destinasi bajet yang pengacara dia Qi tuu...
*dan tunjuk ajar dari sahabat saya Edvin dan rakan2nya...
ok la layan a few pic....
helmet diving |
zorb |
flying fish |
activiti yang tak boleh d tinggalkan bila view lawa harus photoshoot |
ok hope uolls satisfied dengan penerangan yang d beri if anything boleh tanya.... (untuk gambar areil point dan activiti malam kami saya tak show kat blog ni)
adios...nak tido dah...
ada rezeki nak pegi lagi....
terima kasih kerana sudi meluangkan masa d blog biasa ini....
pm nora
ReplyDelete